Lagu ‘Sakit’ Gagal Ke AJL35, Yonnyboii Akui Tak Puas Hati

Hiburan

Lagu ‘Sakit’ Gagal Ke AJL35, Yonnyboii Akui Tak Puas Hati

Selepas mengetahui lagu Sakit ciptaannya yang dinyanyikan secara duet bersama Zynakal gagal ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), penyanyi Yonnyboii akui tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

Advertisement

Ujarnya, beliau amat sedih dengan keputusan itu namun tetap bersetuju dengan barisan juri kerana yakin keputusan juri adalah yang terbaik.

“Biasalah ada sedikit rasa sedih, tak puas hati tapi kena terima sebab keputusan yang dibuat oleh juri adalah yang terbaik. Rasa tak puas hati sebab Yonny rasa tak bagi yang terbaik pada malam tersebut (semi final). Saya rasa boleh buat yang lebih baik lagi.”

Menurut laporan mStar, Yonny turut mengakui bahawa dirinya turut melakukan beberapa kesilapan ketika membuat persembahan di pentas separuh akhir.

“Yonny pun tengok orang lain perform, Yonny pun nampak kesilapan Yoony di atas pentas, mungkin ada sikit-sikit yang Yonny tak dapat nak kutip markah.”

Untuk rekod, selain Yonny, penyanyi Naim Daniel juga turut ditimpa nasib yang sama apabila kedua-dua lagunya gagal melayakkan diri ke pentas akhir AJL35 yang khabarnya bakal berlangsung pada Februari 2021.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...