Usahawan kosmetik yang kini juga bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan rasa syukur dan teruja kerana lagu raya terbarunya, Lala Raya telah menerima sambutan memberansangkan daripada pendengar di laman YouTube.
Meskipun berdepan saingan sengit daripada penyanyi hebat lain, Aliff tidak menyangka bahawa lagu dendangannya itu menjadi trending sehinggakan menerima tontonan tinggi daripada penonton.
View this post on Instagram
Dia yang sebelum ini terpalit beberapa kontroversi dalam penghasilan muzik video lagu rayanya itu, Aliff merasakan tontonan tinggi itu merupakan satu kemenangan buat dirinya.
“Saya tak sangka kemenangan berpihak kepada saya..lagu ini boleh trending nombor satu walaupun saingan sengit lebih dari enam orang artis keluarkan lagu raya tahun ini. Ya Allah adakah saya dalam mimpi? Saya nak buat solat syukur, sembahyang hajat. Saya rasa macam mimpi sangat tak boleh move on macam mana lagu ini boleh disukai oleh rakyat Malaysia..”
Perkara tersebut dikongsikan Aliff Syukri menerusi laman Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
View this post on Instagram
Malah, rakan artis turut memuji dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan lagu tersebut dan mengakui terhibur dengan nyanyian Aliff.
Antara yang tampil memuji adalah pelakon Zizan Razak yang merasakan usahawan kosmetik itu memiliki bakat yang besar sebagai penyanyi.
View this post on Instagram
“Ternyata Datuk penyanyi nombor satu negara..trending nombor satu, vokal Datuk memang ala-ala penyanyi barat. Harap Datuk dapat buat persembahan di Grammy Award lepas ni..” tulis ZIzan di ruangan komen.
Lagu Lala Raya 2021 merupakan ciptaan Amy Ukays bersama isteri Aliff sendiri iaitu Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid dilaporkan telah menerima lebih 1.2 juta tontonan di laman YouTuber sejak dimuat naik pada 4 Mei lalu.