Baru-baru ini, pelawak dan pelakon terkenal iaitu Douglas Lim telah mencetuskan fenomena dengan lagu raya terbarunya yang berjudul Aidilfitri di Malaysia yang kini tular di media sosial.
Dengan gabungan elemen humor dan perpaduan, lagu ini telah menerima pujian ramai kerana liriknya yang menarik dan membawa mesej kebersamaan antara kaum di Malaysia.
Lirik lagu ini menggambarkan bagaimana rakan-rakan bukan beragama Islam turut teruja untuk menyambut perayaan ini terutamanya dengan menikmati juadah raya seperti rendang dan serunding walaupun mereka tidak berpuasa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji lagu tersebut dan mereka berpendapat lagu tersebut merupakan lagu raya yang terbaik setakat ini.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.