“Lagu ‘Intro’ Bikin Sebak” – Generasi 90-an Teruja Layan Treler Pendek Filem Keluang Man

Filem

“Lagu ‘Intro’ Bikin Sebak” – Generasi 90-an Teruja Layan Treler Pendek Filem Keluang Man

Penerbit filem Astro Shaw semalam telah berkongsi treler pendek filem ‘live action’ yang diadaptasi daripada siri animasi adiwira tempatan iaitu Keluang Man di YouTube.

Sedutan filem berdurasi tidak sampai seminit itu telah membuatkan golongan belia kelahiran generasi 80-an dan 90-an berasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikannya di pawagam kelak.

Advertisement

Dalam treler pendek itu, Inspektor Sahab selaku pegawai polis yang bertanggungjawab menjaga keamanan di bandar Metrofulus telah mendedahkan siapakah adiwira itu kepada penonton.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji hasil lakonan serta kesan khas filem yang dilihat menjanjikan satu naskah yang menghiburkan dan menarik.

Pelakon utama, Nas-T juga sebelum ini ada memuat naik video dia memakai sut Keluang Man dan mendalami watak sebagai Borhan dalam filem tersebut.

Filem Keluang Man bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 29 Mei 2025 dan turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Datuk Rosyam Nor.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

surviving black hawk down dikritik
1 week ago

‘Surviving Black Hawk Down’ Di Netflix: Kenapa Hanya Tentera AS yang Diangkat, Tapi Peranan Askar Malaysia Dinafikan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...