‘Lagu Ini Sangat Indah’ – Loca B Kongsi Momen Cipta Lirik ‘Gila’

Hiburan

‘Lagu Ini Sangat Indah’ – Loca B Kongsi Momen Cipta Lirik ‘Gila’

Anugerah Juara Lagu ke-35 menyaksikan kemenangan milik ‘Gila’ nyanyian Kaka Azraff, Loca B dan Noki K-Clique. Intipati mesej yang kuat serta melodi yang segar ciptaan Ezra Kong, Noki, dan Loca B berjaya menarik perhatian juri sehingga menewaskan 11 lagi lagu yang bertanding.

Seakan tidak percaya dengan kemenangan tersebut, penyanyi rap, Loca B atau nama sebenarnya Hani Azali meluahkan rasa terharu di laman Instagram. Dia turut berkongsi momen mencipta draft pertama bahagian rap lagu tersebut.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LOCA B (@kuning.langsat)

Menerusi video pendek yang dimuat naik, Loca B dilihat memakai telekung menyanyikan rangkap yang ditulisnya.

Aku laila dan dunia ni majnun. Cintaku bernafas dalam jiwa terkurung. Kepala tak sehati, hatiku tak sekepala.

Yakin ku lupa diri dalam mengejar dunia. Ya ia tinggi..

Sehingga kini, dia masih tertanya-tanya adakah mereka layak untuk merangkul kemenangan tersebut. Malah, dia turut menyifatkan, Ezra Kong sebagai seorang yang genius.

Terdahulu, Ezra Kong menerusi laporan Harian Metro berkata, lagu ‘Gila’ diinspirasikan daripada kisah benar. Idea menulis lagu dia perolehi ketika mendapat mesej daripada seorang individu di Instagram.

Difahamkan, individu itu berdepan dugaan untuk merantau di mana kerana berasa takut dengan situasi ‘gila’ di bandar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Loca B

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...