Memetik laporan Kosmo Online, penyanyi terkenal Hattan ada berkongsi pengalamannya berkolaborasi dengan arwah Bob Lokman dalam penghasilan lagu malar segar, Rendang Tak Berbuah hasil karya Allahyarham itu sebelum ini.
Cerita Hattan, lagu tersebut ditulis Bob Lokman ketika Allahyarham sedang sakit akibat strok.
Lagu itu cukup menyentuh hati bukan sahaja penyanyi itu sendiri, malah peminat di luar sana kerana liriknya yang cukup mendalam.
Kata Hattan, lagu itu terhasil ketika arwah baru sahaja bercerai dengan isterinya dan lumpuh separuh badan.
Ketika saya tiba di rumah arwah, dia sedang meniarap akibat lumpuh dan baru lepas bercerai. Lagu ini merupakan rintihan kepada ibu dia.
Jadi saya tak boleh lupa bagaimana Bob menulis lirik ini tak sampai 45 minit. Fuh. Lagu ini ciptaan saya.
Jelasnya, lirik lagu itu juga dahsyat dari segi makna dan penghayatannya.
Hattan ditemui ketika sesi bersama peminat di sebuah persembahan bertempat di Kepala Batas, Pulau Pinang anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kelmarin.
Dalam pada itu, dia menzahirkan ucapan takziah terhadap keluarga Allahyarham Bob Lokman dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Semoga Bob tenang di sana. Kita yang hidup teruskan perjuangan dan semoga kita semua dikurniakan husnulkhatimah (pengakhiran yang baik)
Terdahulu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman, 58, telah menghembuskan nafas terakhir semalam di pada hari Jumaat minggu lalu di rumahnya di Kubang Kerian, Kota Bharu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.