“Lagu Eh Eh Tu Akak Buat Caller Ringtone Tau!” Peminat Tersilap Ingat Zizi Kirana, Sissy Iman Selamba Layan Karenah Peminat

Hiburan

“Lagu Eh Eh Tu Akak Buat Caller Ringtone Tau!” Peminat Tersilap Ingat Zizi Kirana, Sissy Iman Selamba Layan Karenah Peminat

Mungkin kerana terlalu teruja kerana dapat bercakap dengan artis kesayangan, seorang peminat yang menghubungi sebuah rancangan bual bicara telah tersilap orang ketika bersiaran langsung baru-baru ini.

Hal ini telah terjadi kepada penyanyi Sissy Imann di mana seorang pemanggil yang memperkenalkan diri sebagai Jamaliah Mohamad telah terlebih yakin menyangka artis yang ditelefonnya itu adalah Zizi Kirana.

Advertisement

Pada mulanya, pemanggil tersebut telah tersilap menyebut perkataan ‘genre’ kepada ‘gender’.

“Sissy, apapun akak rasa teruja, kenapa ni tiba-tiba beralih gender?”

Situasi itu telah mengundang hilai tawa penyanyi berkenaan di samping dua pengacara yang berada di sisinya. Sissy kemudian membetulkan kesilapan Jamaliah meskipun terhibur seketika dengan situasi berkenaan.

Namun, yang lebih melucukan apabila Jamaliah sekali lagi memuji Sissy dengan mengatakan bahawa lagu EH! yang sebenarnya dinyanyikan oleh penyanyi Zizi Kirana itu telah dijadikan sebagai caller ringtone kerana anak-anaknya menyukai lagu berkenaan.

“Lagu Eh Eh tu kan, akak jadikan caller ringtone untuk anak akak tau,”

Sissy sekali lagi membetulkan kesilapan pemanggil berkenaan dan menjelaskan situasi yang sebenarnya. Meskipun klip video tersebut telah tular di media sosial, netizen memuji Sissy kerana dapat mengawal keadaan dengan baik sekali walaupun perkara tersebut agak memalukan buat sesetengah pihak.

Sissy juga tampil memberi reaksi positif dan menganggap pemanggil terbabit sebagai berani dan sanggup meluahkan apresiasi secara terbuka kepada artis yang diminatinya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...