Mungkin sebagai strategi pemasaran untuk produk mereka dan promosi diri, kini pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat sudah bergelar penyanyi. Aliff menerusi akaun Instagramnya beberapa hari lalu memuat naik teaser lagu duetnya bersama Sajat.
Difahamkan, lagu tersebut mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan dan mempunyai mesej agar pasangan bercinta tidak curang dan selalu berkasih sayang.
Walaubagaimanapun, duet mereka mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang memuji suara Aliff dan berpendapat nyanyian Sajat merosakkan lagu tersebut. Tidak kurang juga ada yang meminta mereka berhenti menyanyi.
Apa pula pendapat anda mengenai lagu terbaru Aliff dan Sajat? Mungkinkah boleh jadi popular seperti lagu I AM ME Datuk Seri Vida meskipun dikritik?