Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lagu ‘Cindai’ Nyanyian Stacy Di ASK2014 Timbulkan Kekecohan

Abang Nara sempat jugalah menonton sekejap Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) yang telah berlangsung Jumaat malam lalu. Salah satu bahagian yang Abang Nara tengok ialah ketika persembahan Stacy menyanyikan lagu Cindai. Seperti yang kita ketahui, lagu berhantu ini dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza. Untuk membuat kelainan, nyanyian Stacy untuk lagu ini telah dilajukan sedikit agar bersesuaian dengan imej Stacy.

cindai stacy

Advertisement

Secara ikhlas, persembahan Stacy pada malam itu agak mengecewakan. Namun pada pendapat Abang Nara, mana-mana penyanyi pun sukar untuk menyanyikan lagu irama Malaysia lebih-lebih lagi jika penyanyi asalnya Datuk Siti Nurhaliza. Menariknya, penulis lirik lagu Cindai iaitu Hairul Anuar Harun telah menulis pendapatnya yang menimbulkan kontroversi.

cindai stacy

Memang ketika persembahan sebutan Stacy tidak berapa jelas kerana terpaksa menyanyi sambil menari. Terdapat juga reaksi yang sama di laman sosial. Bila perkataan yang sebutan dekat-dekat ini memang boleh menyebabkan orang salah dengar. Apa pun, Stacy telah memohon maaf sekiranya persembahannya di ASK2014 tidak memuaskan hati. Kata Stacy:-

Hahhaha ni nama dia cindai version stacy hahhaha… Sorry kalau x sempurna but ni la dia cindai cara stacy..thanks #ASK2014 harap semua terhibur tadi

cindai stacy

Apa pun Stacy telah berusaha sebaik mungkin. Usahanya harus dipuji. Biasalah bila sesebuah lagu ditukar memang akan timbul rasa tidak puas hati dan kontroversi. Semoga ia tidak mematahkan semangat Stacy untuk terus beraksi. Apa pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top