Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Lagu Arwah Sarah Akan Terasa Lain Selepas Ini..” – ‘Kesetiaan’ Tular Kembali Di Media Sosial

Allahyarham Siti Sarah

Pemergian penyanyi Allahyarhman Siti Sarah bukan sahaja ditangisi oleh keluarga dan rakan rapatnya sahaja, malah seluruh rakyat Malaysia turut terkesan dengan berita duka itu.

Advertisement

Meninjau di media sosial khususnya Twitter, penuh dengan foto dan ucapan takziah yang diucapkan oleh warganet buat Shuib sekeluarga diatas pemergian isterinya itu.

Selain daripada itu, beberapa video Siti Sarah menyanyikan lagu popularnya iaitu Kesetiaan tular di media sosial sejak pagi tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Advertisement

Rata-rata pengguna Twitter berpendapat bahawa lagu itu kini telah membawa satu makna yang lebih besar setelah perginya penyanyi kesayangan ramai itu.

Kesetiaan meninggalkan kesan lain sekarang ini. Semoga tenang di negeri abadi Siti Sarah, innalillah.

Ciapan lagu Kesetiaan di Twitter

Untuk rekod, Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), Cheras pada pukul 5.13 pagi tadi.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. InstaFlixx

    August 27, 2021 at 2:45 am

    Seorang yang tak banyak kontroversi… Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top