Umum diketahui bahawa sebuah insiden tembak-menembak telah berlaku di sempadan Malaysia-Thailand, berhampiran dengan Bukit Kayu Hitam, semalam.
Sebelum ini, seorang anggota PGA (Pasukan Gerakan Am) yang bertugas di kawasan penugasan Ops Benteng Malaysia-Thailand maut ditembak manakal seorang lagi dipercaya mengalami kecederaan parah.
Perkara di atas telah disahkan oleh KPN Tan Sri Abdul Hamid Bador menerusi sidang media yang diadakan.
Memetik ulasan yang diberikan kepada Bernama oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, perkara ini bermula apabila dua anggota PGA sedang melakukan tugas risikan dan telah diserang oleh dua kumpulan yang disyaki warga tempatan dan asing.
Terkini, seorang lagi anggota PGA telah dilaporkan cedera, ditembak senapang angin yang dipercayai datang dari arah negara jiran.
Kejadian yang berlaku jam 3:10 pagi semalam kini telah mengorbankan seorang Sarjan PGA; Koperal Baharuddin Ramli dan mencederakan dua lagi anggota PGA.
Sumber : Bernama