Penyanyi terkenal Shila Amzah baru-baru ini meluahkan perasaan sayangnya terhadap ibunya melalui Threads, menegaskan bahawa hubungan mereka kini lebih rapat berbanding sebelum ini, walaupun ada yang mungkin salah faham selepas mendengar podcast yang disertai Shila baru-baru ini.
Shila menegaskan,
“Saya sayang mak saya, tolong jangan dengar podcast tu seolah-olah hubungan kami tak okay. Malah kami lagi rapat sekarang tanpa mengambil kira apa yang berlaku dahulu.
Menurut Shila, ibunya berkahwin muda dan mempunyai empat orang anak pada usia 29 tahun, yang tentunya menghadirkan cabaran besar dalam hidup. Shila mengungkapkan bahawa perkongsiannya dalam podcast adalah sekadar tauladan dan tiada manusia yang sempurna.
Penyanyi itu turut meminta agar netizen menyampaikan kasih sayang kepada ibunya, kerana ibunya juga memerlukan sokongan dan kasih sayang dalam proses penyembuhan dirinya. Shila turut menegaskan bahawa setiap individu berhak untuk merasakan kebahagiaan dalam hidup mereka.