“Lagi Ramai Tak Tahu Lagi Bagus..” – Yana Samsudin Tak Tayang Kehamilan, Risau Menyinggung Hati Yang Mencuba

Hiburan

“Lagi Ramai Tak Tahu Lagi Bagus..” – Yana Samsudin Tak Tayang Kehamilan, Risau Menyinggung Hati Yang Mencuba

Baru-baru ini akres jelita Yana Samsudin telah berkongsi cerita perjalanan kehamilan dirinya yang ketiga ini lebih mencabar daripada pengalamannya sebelum ini dengan anak pertama dan kedua.

Kata Yana, kali ini dia mengalami alahan yang teruk di samping sering muntah-muntah dan tak lalu makan. Tambahnya, dia hingga tidak boleh bergiat seperti biasa dek kerana keletihan dan tiada energi untuk beraktivi. Dirinya juga berkata sepanjang enam bulan itu, sudah beberapa kali Yana dimasukkan ke hospital.

Advertisement

Sejujurnya enam bulan saya tak kerja, tak boleh bangun. Saya masuk hospital lebih tiga kali dan masuk drip air hampir setiap minggu.

Sebenarnya lagi ramai tak tahu lagi bagus sebab saya tahu dekat luar sana ramai yang menanti cahaya mata jadi saya tak nak menguris hati siapa-siapa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

Bukan itu sahaja, ketika diwawancara, pelakon ini juga akui tidak mahu terlalu berkongsi hal kehamilan itu disebabkan tidak mahu wujudnya rasa terkilan dari mana-mana ibu yang sedang berusaha mendapat anak.

Pada masa yang sama, Yana turut berkongsi dirinya masih mendapat tawaran pekerjaan namun dia terpaksa menolak dengan baik kerana khawatir dirinya yang akan sarat mengandung ketika pegambaran jika menerima tawaran tersebut.

Yana juga meminta orang ramai agar mendoakan kandungan dan semoga dipermudahkan kelahirannya nanti. Dia turut serta mendoakan mereka yang masih dalam perjalanan memperoleh cahaya mata, ujarnya.

abil
5 months ago

"I Want More Kids, Kenapa Susah Sangat Eh..." - Usia Menginjak 40 Tahun, Nabila Huda Tak Putus Harapan Untuk Hamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...