Lagi Pendedahan Taska Tular Sembunyi Anak Asuhan Dalam Longkang Ketika Serbuan JKM

Viral

Lagi Pendedahan Taska Tular Sembunyi Anak Asuhan Dalam Longkang Ketika Serbuan JKM

Satu lagi dakwaan mengejutkan membabitkan sebuah taska swasta mencetuskan kemarahan netizen apabila didakwa membawa kanak-kanak melalui laluan longkang semata-mata untuk menyembunyikan mereka ketika pemeriksaan pihak berkuasa dijalankan.

Perkara itu didedahkan menerusi satu hantaran tular yang menandai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mendakwa cawangan taska terbabit sanggup mengambil tindakan berbahaya terhadap anak-anak jagaan demi mengelak dikesan ketika pemeriksaan dilakukan.

Advertisement

Lebih mengejutkan, dakwaan tersebut menyebut kanak-kanak berkenaan dibawa menyusuri laluan longkang bagi menyembunyikan mereka di bangunan prasekolah lain ketika pihak JKM hadir membuat pemeriksaan.

Hantaran beremosi itu turut menyuarakan kemarahan orang ramai dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan, selain mempertikaikan tahap keselamatan kanak-kanak yang terlibat.

MARA Siasat Taska Kepit, Kurung Anak Asuhan Autisme Dalam Bilik Stor

Kes ini berlaku pada hari yang sama sebuah taska di Shah Alam didedahkan terlibat dalam dakwaan penderaan kanak-kanak, sekali gus mencetuskan persoalan serius mengenai pemantauan, penguatkuasaan serta kelayakan pengasuh dan pengurusan taska swasta di negara ini.

Netizen turut menandai Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Nancy Shukri dan Asyraf Wajdi Dusuki, menggesa tindakan segera dan siasatan menyeluruh dijalankan tanpa kompromi.

Ruangan komen dibanjiri kemarahan orang ramai yang menyifatkan tindakan membawa kanak-kanak melalui longkang sebagai satu bentuk pengabaian keselamatan serius, malah ada yang menyifatkannya lebih teruk daripada penderaan fizikal.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak taska mahupun JKM berhubung dakwaan terbaharu ini. Orang ramai terus menuntut penjelasan dan tindakan tegas bagi memastikan keselamatan kanak-kanak tidak terus dipermain-mainkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-21 12:56:37

MARA Siasat Taska Kepit, Kurung Anak Asuhan Autisme Dalam Bilik Stor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...