Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Kerana perbuatan gila si adik, si kakak turut sama terpalit malunya. Mungkin itulah yang dirasai oleh Sharifah Shahira (Shiera) apabila adiknya, Sharifah Sakinah berkongsikan video-video mengarut semenjak kebelakangan ini.
Shiera menerusi akaui Twitternya mengakui yang dia tidak sanggup melihat video bodoh yang dihasilkan oleh adiknya itu. Menurut Shiera, lagi ramai orang bercakap mengenai perbuatan adiknya, lagilah perkara tersebut akan dibuat oleh Sharifah Sakinah.
P.S: Telekung travel ini terbaik sangat jika anda ingin pergi berjalan-jalan. Mudah dibawa, kecil dan ringan. Boleh masuk dalam handbag dengan mudah. Hanya RM29 sahaja. Pelbagai saiz boleh didapati. Layari Facebook Gudang.My untuk info lanjut.
Malah menurut Shiera, dia sudah pun menasihatkan adiknya supaya menghentikan perbuatan tersebut. Tidak diketahui pula sama ada nasihat tersebut diambil berat atau sekadar ibarat mencurah air ke daun keladi.
Kalau nasihat kakak sendiri pun tidak diambil pusing oleh Sharifah Sakinah, inikan pula nasihat kita sebagai orang luar. Mungkin Sharifah Sakinah merasakan dirinya bebas melakukan apa sahaja kerana masih muda. Nasihat Abang Nara, kalau tak menjaga air muka sendiri, jagalah air muka mak dan ayah anda. Tak gitu?