Lagi Netizen Dakwa Ditipu Coco ‘Mixed’ Berkenaan Pembelian iPhone Prabayar

Trending

Lagi Netizen Dakwa Ditipu Coco ‘Mixed’ Berkenaan Pembelian iPhone Prabayar

Sebelum ini penulis pernah menyiarkan mengenai Marshaira Ismail atau lebih dikenali sebagai ‘Coco’ berikutan video menampilkan dirinya bercakap dengan pelat mat salleh di Instagram.

cocotipuanVideo tersebut telah menjadi viral, dan menyebabkan puluhan (mungkin sudah 100) video parodi Coco dihasilkan dari Netizen tidak dikenali, hinggalah para selebriti. Bagaimanapun, seorang wanita di Twitter mendakwa telah memesan iPhone secara prabayar melalui Coco. Walaupun sudah mendepositkan wang ke akaun Coco beberapa bulan lepas, dia masih belum mendapat iPhone yang dijanjikan.

Advertisement


Dalam satu status viral terbaru, beberapa orang Netizen juga telah tampil dengan dakwaan ditipu oleh Coco berkenaan urusan pembelian iPhone prabayar yang pernah diiklankan olehnya. Pengguna Facebook bernama Dek Lynda mendakwa tidak mempunyai pilihan lain selain dari memviralkan mengenai Coco kerana tidak mendapat respon yang memuaskan hati mengenai iPhone tersebut.

screen-shot-2016-12-27-at-2-34-52-pm
15672705_362961924064862_4271730175699983961_n
15672819_362961887398199_1229707726410889520_n15727018_362961874064867_8950316411538235143_n15697688_362961910731530_631168775277728542_n15665797_362964634064591_954409883330051527_n

Dek Lynda mendakwa sudah membuat laporan polis berhubung penipuan berkenaan dan sedang cuba membuat aduan kepada Tribunal Pengguna.

Sebelum ini, Marshaira dikatakan telah mengiklankan jualan iPhone prabayar di akaun Instagram miliknya sekitar Ogos dan September. Bagaimanapun, pembeli masih belum mendapat iPhone yang dijanjikan walaupun kini sudah mencecah hujung Disember.

Terdapat dua orang di bahagian komen status Dek Lynda yang membuat dakwaan sama (ditipu Marshaira).

screen-shot-2016-12-27-at-2-54-18-pmMarshaira juga didakwa bersikap lepas tangan mengenai pembelian itu walaupun wang didepositkan ke akaun bank miliknya dan mendakwa tidak  membuat apa-apa keuntungan dari jualan tersebut yang dikatakan dilakukan untuk menolong seorang rakan.

Marshaira melalui satu status Instagram sebelum ini memberitahu tidak hairan dengan jumlah wang tersebut yang katanya tidak cukup untuk membeli kasutnya dan dia akan mencampakkan saja wang sejumlah itu kepada mereka yang meminta dia bertanggungjawab.

Dia kemudiannya memadam status Instagram itu. Setakat ini. status Facebook Dek Lynda telah mendapat 2,350 shares.amazingnara.com

Sumber: Dek Lynda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...