Sebelum ini penulis pernah menyiarkan mengenai Marshaira Ismail atau lebih dikenali sebagai ‘Coco’ berikutan video menampilkan dirinya bercakap dengan pelat mat salleh di Instagram.
Video tersebut telah menjadi viral, dan menyebabkan puluhan (mungkin sudah 100) video parodi Coco dihasilkan dari Netizen tidak dikenali, hinggalah para selebriti. Bagaimanapun, seorang wanita di Twitter mendakwa telah memesan iPhone secara prabayar melalui Coco. Walaupun sudah mendepositkan wang ke akaun Coco beberapa bulan lepas, dia masih belum mendapat iPhone yang dijanjikan.
Dalam satu status viral terbaru, beberapa orang Netizen juga telah tampil dengan dakwaan ditipu oleh Coco berkenaan urusan pembelian iPhone prabayar yang pernah diiklankan olehnya. Pengguna Facebook bernama Dek Lynda mendakwa tidak mempunyai pilihan lain selain dari memviralkan mengenai Coco kerana tidak mendapat respon yang memuaskan hati mengenai iPhone tersebut.
Dek Lynda mendakwa sudah membuat laporan polis berhubung penipuan berkenaan dan sedang cuba membuat aduan kepada Tribunal Pengguna.
Sebelum ini, Marshaira dikatakan telah mengiklankan jualan iPhone prabayar di akaun Instagram miliknya sekitar Ogos dan September. Bagaimanapun, pembeli masih belum mendapat iPhone yang dijanjikan walaupun kini sudah mencecah hujung Disember.
Terdapat dua orang di bahagian komen status Dek Lynda yang membuat dakwaan sama (ditipu Marshaira).
Marshaira juga didakwa bersikap lepas tangan mengenai pembelian itu walaupun wang didepositkan ke akaun bank miliknya dan mendakwa tidak membuat apa-apa keuntungan dari jualan tersebut yang dikatakan dilakukan untuk menolong seorang rakan.
Marshaira melalui satu status Instagram sebelum ini memberitahu tidak hairan dengan jumlah wang tersebut yang katanya tidak cukup untuk membeli kasutnya dan dia akan mencampakkan saja wang sejumlah itu kepada mereka yang meminta dia bertanggungjawab.
Dia kemudiannya memadam status Instagram itu. Setakat ini. status Facebook Dek Lynda telah mendapat 2,350 shares. –amazingnara.com
Sumber: Dek Lynda