Lagi Kes Rog*l Berkumpulan Berlaku Di Sekolah, Kali Ini Di Baling, Kedah

Berita

Lagi Kes Rog*l Berkumpulan Berlaku Di Sekolah, Kali Ini Di Baling, Kedah

Kalau baru-baru ini kes jenayah seksual melibatkan empat pelajar berlaku di Melaka, kali ini kejadian serupa berlaku di Baling Kedah pula.

Lapor Sinar Harian, tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sebuah sekolah di Baling telah ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes jenayah seksual serta penyebaran video tidak senonoh melibatkan pelajar bawah umur.

Advertisement

Memetik keterangan daripada Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali, ibu mangsa tampil membuat laporan selepas guru disiplin sekolah memaklumkan tentang video melibatkan anaknya.

Polis

Laporan dibuat sekitar jam 8.11 malam dan lebih kurang 9.30 malam tiga pelajar serta seorang bekas pelajar ditahan.

Semasa penahanan suspek, polis turut merampas enam telefon bimbit untuk dianalisis.

Menurut Ahmad Salimi, hasil siasatan mendapati empat suspek terlibat dalam penyimpanan dan penyebaran bahan berunsur lucah.

Siasatan juga mendedahkan terdapat aktiviti tidak bermoral yang berlaku termasuk secara berkumpulan di beberapa lokasi termasuk di kawasan sekolah antara Mei hingga Ogos 2025.

Kesemua suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaandan Seksyen 8 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bapa suspek
2025-10-15 08:31:53

Kes Tik*m : "Anak Introvert, Saya Tak Tahu Bagaimana Nak Berdepan Dengan Ibu Bapa Mangsa" - Ayah Suspek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...