Lagi Kes Lori: Warden Penjara Maut Digilis Lori Simen, Dipercayai Kerana Brek Rosak

Berita

Lagi Kes Lori: Warden Penjara Maut Digilis Lori Simen, Dipercayai Kerana Brek Rosak

Belum pun reda tentang nahas tragis membabitkan lori muatan batu yang mengorbankan 9 anggota FRU, satu lagi kemalangan dilaporkan berlaku, juga melibatkan lori.

Menurut laporan, seorang wanita maut digilis lori simen dipercayai kerana masalah brek dalam kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sungai Udang – Paya Rumput – Ayer Keroh (SPA) di Melaka.

Advertisement

Mangsa, Sarjan Amal Nurlidar Ghazali, 42, yang merupakan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia sebagai warden maut ditempat kejadian selepas terperosok di bawah lori itu.

kemalangan maut digilis lori simen

Kredit: MalaysiaGazette

 

kemalangan motosikal maut digilis lori

Kredit: Kosmo!

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata ketika kejadian wanita itu yang menunggang motosikal Yamaha Ego Solariz sedang berhenti di lampu isyarat.

Sebuah lori simen dari arah sama gagal mengawal kenderaan menyebabkannya terpaksa mengelak kenderaan lain sehingga ke bahu jalan lalu merempuh serta menggilis mangsa. Susulan kejadian itu, kaki mangsa hancur digilis selain parah di beberapa anggota badan serta bahagian muka.

pemandu lori simen direman langgar motosikal

Kredit: MalaysiaGazette

Difahamkan, nahas itu dipercayai berpunca daripada kegagalan fungsi brek lori dan kejadian itu dirakam saksi melalui dahscam.

Ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori negatif dadah dan lelaki berusia 49 tahun itu kini direman sehingga 19 Mei.

sultan selangor
23 hours ago

"Sekiranya Didapati Bersalah Ragut 9 Nyawa Anggota FRU, Lesen Pemandu & Syarikat Terlibat Wajar Ditarik Balik" - Sultan Selangor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...