Lagi Kes Kanak-Kanak Tercampak Keluar, Adakah Kanak-Kanak Boleh Menggunakan Tali Pinggang Keselamatan?

Automotif

Lagi Kes Kanak-Kanak Tercampak Keluar, Adakah Kanak-Kanak Boleh Menggunakan Tali Pinggang Keselamatan?

Tular satu video di laman sosial baru-baru ini memaparkan satu keluarga berdepan dengan detik cemas apabila kereta yang dipandu tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta lain sehingga menyebabkan penumpang di bahagian belakang terpelanting.

Video ini menunjukkan dua orang penumpang kanak-kanak tercampak keluar daripada kenderaan yang dinaiki mereka selepas kereta dihentam kenderaan lain yang hilang kawalan.

Advertisement

Kemalangan itu berpunca selepas tayar kereta Proton Waja itu tiba-tiba sahaja meletup dan terus menghimpit kereta Honda City ke bahu jalan.

Semasa perlanggaran berlaku, dua orang kanak-kanak tercampak keluar dari kereta Honda City berkenaan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan semasa kemalangan itu berlaku, dan kanak-kanak itu juga berada dalam keadaan selamat.

Rata-rata warganet yang menonton video berkenaan mengingatkan orang ramai agar memakai tali pinggang keselamatan di bahagian belakang sebagai langkah keselamatan.

Bolehkah kanak-kanak menggunakan tali pinggang keselamatan tanpa menggunakan “seat booster” ataupun kerusi keselamatan kanak-kanak? 

Kanak-kanak tidak boleh pakai tali pinggang keselamatan

Jawapannya ialah tidak boleh kerana ia akan menyebabkan berlakunya fenomenaseat belt submarining”. Secara semulajadi kanak-kanak yang berusia antara 4-8 tahun akan memiliki susuk badan yang lebih kecil daripada orang dewasa.

Apabila mereka dipakaikan dengan tali pinggang keselamatan yang hanya direka untuk orang dewasa, mereka akan terdedah pada fenomena “seat belt submarining”.

Ini akan menyebabkan tali keledar yang sepatutnya melindungi dan mengekang bahagian dada, bahu dan riba orang dewasa tidak dapat menahan badan kanak-kanak yang lebih kecil secara efektif.

Apabila kemalangan terjadi tubuh kanak-kanak terbabit akan menggelungsur di bawah tali pinggang keselamatan dan menghentam papan pemuka ataupun peralatan lain kereta dan menyebabkan kecederaan serius.

Mengalami kecederaan serius terutama kanak-kanak

kecederaan serius

Penumpang yang tidak memakai tali pinggang keselamatan akan mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan kematian dalam semua halaju di bawah 100km/h.

Tali pinggang khas untuk kanak-kanak

kanak-kanak pakai tali pinggang khas

Untuk kes seperti ini, kanak-kanak memerlukan tali pinggang yang direka khas “yang boleh merentangi dada dan bahu mereka. Bukannya di leher atau tengkuk dan tali pinggang yang dipakai juga merentangi paha, bukannya perut.

Kanak-kanak hanya boleh menggunakan tali pingang keselamatan yang disediakan oleh pihak pengeluar jika mereka telah mencapai ketinggian minima 144cm dan berat minima 36kg.

Jika masih belum mencapai berat dan tinggi mengikut spesifikasi maka sewajarnya menggunakan kerusi bayi, kerusi kanak-kanak dan juga “seat booster” untuk anak-anak anda.

Kanak-kanak perlu pakai kerusi keselamatan

kanak-kanak kerusi keselamatan

Anak-anak kecil seharusnya diletakkan di dalam kerusi keselamatan yang dikhaskan untuk mereka bersesuaian dengan berat dan juga umur mereka.

Mereka boleh diletakkan pada kerusi bayi, kerusi kanak-kanak atapun “seat booster” dengan kesemua peralatan ini diikat pada ciri ISOFIX kenderaan ataupun bagi model lama ia diikat dengan menggunakan tali pinggang keselamatan.

Jadi beringat lah semua! kerusi keselamatan bayi dan tali pinggang keselamatan dapat elakkan kemalangan maut.

Terdahulu, seorang wanita menceritakan pengalamannya terlibat dalam kemalangan dan anaknya selamat gara-gara memakai ‘car seat’. Klik pautan ini untuk bacaan lanjut.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...