Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lagi Kes Cabul, Kali Ini Youtuber Berusia 22 Tahun Ditahan Polis

Semakin menjadi-jadi nampaknya pendedahan kes jenayah seksual melibatkan artis dan personaliti media sosial.

Terbaru, seorang Youtuber terkenal berasal dari kelantan yang difahamkan baru sahaja berusia 22 tahun telah tampil menyerah diri kepada polis susulan ada laporan dibuat terhadapnya yang membabitkan kes cabul.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, kejadian tersebut berlaku di sebuah inap desa bertempat di Kubang Kerian, kira-kira pada bulan Ogos lepas.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sebaik sahaja selesai penggambaran drama Youtuber itu dan mangsa yang merupakan wanita berusia 24 tahun telah tampil membuat laporan polis pada hari Jumaat yang lalu.

“Wanita berusia 24 tahun itu telah membuat laporan polis pada Jumaat lalu. Dia mendakwa dicabul dan kemudian suspek tampil hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan lanjut”

Jelas Abdul Rahim, fakta kes mendapati mereka telah berkenalan menerusi seorang rakan yang menawarkan mangsa untuk berlakon dalam sebuah drama yang diarahkan suspek.

Sebaik sahaja selesai penggambaran, mangsa diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih ada saki-baki penggambaran pada keesokan hari.

“Semasa mangsa berseorangan dalam bilik iaitu tempat kejadian, suspek didakwa telah masuk ke dalam bilik dan mencium secara paksa selain turut melakukan perbuatan onani”

Advertisement

Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    December 14, 2020 at 11:04 am

    biasanya direktor/producer la ni punye keje. bile nk amik heroin, mesti akan fikir die dpt habuan. xpernah nk hargai or angkat heroin tu sbb bakat die sendiri. bagus bile jd camni. dedahkan je semua directors/producers2 tu. biar kantoi. kantoi kan semua skali.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top