Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup berkhalwat bersama seorang lelaki lain dalam satu serbuan di sebuah rumah di Krubong, Melaka semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu turut mencetuskan kekecohan apabila lelaki berkenaan, yang dipercayai suami kepada wanita tersebut, bertindak memberi amaran kepada isterinya sebaik sahaja individu berbaju maroon itu ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Insiden berkenaan turut dirakam dan dikongsikan di media sosial TikTok pasukan penguat kuasa terbabit menerusi video berdurasi kira-kira satu minit, yang memaparkan situasi tegang antara pasangan suami isteri tersebut.
Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan dilihat meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap isterinya.
“Kau aku tak tumbuk kau dah baik tau, lagi kau nak ‘langsi’ dengan aku ek,” katanya sebelum ditenangkan oleh pegawai penguat kuasa yang berada di lokasi.
Menerusi video yang dimuat naik, tangkapan tersebut dilakukan oleh imam yang bertugas bersama penguat kuasa JAIM selepas menerima maklumat mengenai aktiviti mencurigakan di rumah berkenaan.

Namun kekecohan berlaku antara si isteri (orang yang disyaki) dan si suami yang berada di tempat kejadian kerana kecewa dengan perbuatan isterinya yang memalukan itu,” katanya.
Menurut kenyataan yang dikongsikan bersama rakaman tersebut, tujuan video berkenaan dimuat naik bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai peringatan kepada masyarakat.
“Video ini bukan untuk mengaibkan, tetapi memberi kesedaran kepada masyarakat sebagai kempen ‘Amal Makruf Nahi Munkar’,” menurut kenyataan itu.
Rakaman tersebut juga menunjukkan anggota penguat kuasa terpaksa meleraikan pertelingkahan antara pasangan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

