Lagi Individu Buat Onar Di Ikea, Panjat Rak Semata-Mata Hendak Ambil Gambar

Trending

Lagi Individu Buat Onar Di Ikea, Panjat Rak Semata-Mata Hendak Ambil Gambar

Seperti yang anda semua tahu, IKEA telah membuka cawangan baru di Batu Kawan, Pulau Pinang. Tentunya ramai yang teruja dan seronok akhirnya tidak perlu pergi jauh-jauh untuk menikmati meatballs popular dan melihat koleksi perabot menarik IKEA.

Advertisement

Tidak dinafikan juga, IKEA merupakan tumpuan untuk millenial bergambar sakan dengan pelbagai gaya. Memang wajib kalau datang ke sana.

Namun, yang membuatkan situasi menjadi tidak seronok apabila ada sesetengah individu melakukan perkara melampau ketika ingin bergambar.  Baru-baru ini, viral foto seorang lelaki memanjat rak penyimpanan barang di gudang IKEA. Bukan sahaja berisiko untuk membuatkan barangan rosak jika rak tersebut tumbang, ia juga boleh membahayakan nyawa dirinya dan orang lain.


Menerusi laman Twitter, seorang netizen telah memuat naik foto lelaki tersebut dan memberikan amaran tentang perlakuan tersebut yang dianggap biadab.

Tolong jangan buat perkara ini kalau masuk IKEA

Ada lagi individu yang terus duduk di atas perabot, rosakkan barang

Komen netizen





Rata-rata netizen mengecam tindakan individu yang membuat onar ini, kalau betul pun teruja tolonglah jaga adab.

Betul apa yang dikatakan oleh netizen itu, janganlah hanya kerana ingin ambil gambar kita lupa untuk menjaga kelakuan. Harapnya apa yang berlaku ini dapat dijadikan pengajaran untuk orang lain di luar sana. Jangan ulangi adegan ini!

Sumber Berita : Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...