Seperti yang anda semua tahu, IKEA telah membuka cawangan baru di Batu Kawan, Pulau Pinang. Tentunya ramai yang teruja dan seronok akhirnya tidak perlu pergi jauh-jauh untuk menikmati meatballs popular dan melihat koleksi perabot menarik IKEA.
Tidak dinafikan juga, IKEA merupakan tumpuan untuk millenial bergambar sakan dengan pelbagai gaya. Memang wajib kalau datang ke sana.
Namun, yang membuatkan situasi menjadi tidak seronok apabila ada sesetengah individu melakukan perkara melampau ketika ingin bergambar. Baru-baru ini, viral foto seorang lelaki memanjat rak penyimpanan barang di gudang IKEA. Bukan sahaja berisiko untuk membuatkan barangan rosak jika rak tersebut tumbang, ia juga boleh membahayakan nyawa dirinya dan orang lain.
Menerusi laman Twitter, seorang netizen telah memuat naik foto lelaki tersebut dan memberikan amaran tentang perlakuan tersebut yang dianggap biadab.
Tolong jangan buat perkara ini kalau masuk IKEA
Ada lagi individu yang terus duduk di atas perabot, rosakkan barang
Komen netizen
Rata-rata netizen mengecam tindakan individu yang membuat onar ini, kalau betul pun teruja tolonglah jaga adab.
Betul apa yang dikatakan oleh netizen itu, janganlah hanya kerana ingin ambil gambar kita lupa untuk menjaga kelakuan. Harapnya apa yang berlaku ini dapat dijadikan pengajaran untuk orang lain di luar sana. Jangan ulangi adegan ini!