Lagi Cawangan Bubble Bee Dibuka, Hairul Azreen Ikut Jejak Langkah Shuib Sepahtu

Hiburan

Lagi Cawangan Bubble Bee Dibuka, Hairul Azreen Ikut Jejak Langkah Shuib Sepahtu

Nampaknya semakin banyak cawangan kedai minuman berasaskan madu iaitu Bubble Bee dibuka di seluruh Malaysia. Tidak ketinggalan pelakon aksi lasak, Hairul Azreen yang turut mengikuti jejak langkah Shuib apabila dia dilaporkan akan membuka sebuah cawangan air minuman Bubble Bee yang khabarnya terletak di Putrajaya.

Hairul AzreenSumber : Instagram Hairul Azreen  

Berita gembira itu dikongsikan Hairul menerusi laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Hairul memuat naik sebuah video pendek di mana sesi penyerahan kunci dan perasmian kedai bersama-sama dengan usahawan Shuib Sepahtu.

“Alhamdullilah saya akan buka @bubblebeemalaysia_hq di Presint 15, Putrajaya, Presint Diplomatik. Insyallah akan buka tak lama lagi. Happy saya @shubsepahtu dapat kunci.”

Berikutan itu, ramai peminat dan juga rakan artis meluahkan rasa keterujaan terhadap bisnes yang baru diceburi suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu.

Tahniah dan semoga maju jaya diucapkan buat Hairul Azreen!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...