Kali ini berlaku di Afghanistan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dilaporkan masih terperangkap dalam lubang perigi sejak hari Selasa yang lalu, lapor BBC News.
Tragedi itu difahamkan berlaku di sebuah perkampungan Shokok, di Wilayah Zabul, Afghanistan di mana mangsa yang dikenali sebagai Haidar itu kini tersangkut pada batu di kedalaman 10 meter.
Haider Jan is only centimeters away. He had moved his hand a while ago, but now senseless. Two helicopters are ready there to quickly move him to Kabul after taking.
Prayers pic.twitter.com/IFkizTjzzY— Abdullah Azzam (@Abdullah_azzam7) February 18, 2022
Perigi buta tersebut dikatakan mempunyai kedalaman 24 m (82 kaki) dan operasi menyelamat kini sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat negara itu.
Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di media sosial, Haidar dilihat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.
Dalam pada itu, Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam ada memuat naik perkembangan terkini misi menyelamat tersebut di ruangan Twitter rasmi beliau.
Terbaru, beliau memaklumkan bahawa Haidar masih lagi tersangkut di celah bawah batu dan usaha mengeluarkan si kecil itu sedang giat dijalankan.
Beberapa minggu lalu, insiden serupa turut dialami seorang kanak-kanak berusia 5 tahun bernama Rayan di mana dia telah terperangkap lebih empat hari dalam pergi sedalam 32 meter di Maghribi.
Bagaimanapun, operasi menyelamat itu berakhir dengan tragedi apabila Rayan ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.