Lagi Best Dari Myvi Baru – Perodua Tweckbot

Hiburan

Lagi Best Dari Myvi Baru – Perodua Tweckbot

Abang Nara ialah pemandu Myvi. Myvi hitam ini Abang Nara namakan si Comot sebab ianya sangat comot akibat tuan punya malas nak membasuhnya. Namun begitu, luaran memang nampak agar kotor tetapi dalamannya memang tip top sebab tak pernah miss buat servis. Dan kesemua servis Abang Nara buat di Perodua sebab mahukan barang ganti yang tulen, servis yang tip-top dan layanan yang first class.

Tahukah anda motto atau slogan Perodua? Buat anda yang tak tahu, mottonya tak lain tak bukan ialah “Anda Keutamaan Kami”. Siapakah anda itu? Anda itu ialah pemilik-pemilik kereta keluaran Perodua macam Abang Nara nie lah. Tak kiralah anda drive Myvi ke, Viva ke, Alza ke, asalkan kereta anda keluaran Perodua, anda ialah keutamaan bagi Perodua.

Advertisement

perodua tweckbot

Tapi Abang Nara, syarikat-syarikat seluruh dunia nie motto je sedap didengar. Tak pernah nampak pun diorang try to live up their own motto

Memang benar kata anda itu. Kemungkinan banyak syarikat yang sembang lebat konon motto dia paling hebat tapi sebenarnya haprak. Namun Perodua BUKANLAH syarikat yang cakap tak serupa bikin. Bersesuaian dengan motto “Anda Keutamaan Kami”, Perodua kini melancarkan Perodua Tweckbot.

Ekslusif untuk semua pemilik kereta Perodua, Perodua Tweckbot akan membantu anda semua melakukan pemeriksaan 15 poin PERCUMA terhadap kereta PERODUA anda. Paling hebat, anda berpeluang mendapatkan servis percuma ini dengan hanya follow Twitter MYPerodua. Ini adalah revolusi penggunaan Twitter yang tak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak di Malaysia dan di dunia. Perodua Tweckbot, khidmat pemeriksaan 15 poin percuma yang pertama di Malaysia berasaskan twitter.

perodua tweckbot

Abang Nara saya tak fahamlah. Saya dah follow Twitter MYPerodua dah. Tapi macam mana saya nak dapatkan servis percuma dari Perodua nie?

Ok meh sini Abang Nara bagi contoh. Selepas follow Twitter MYPerodua, diorang akan tweet lokasi di mana mereka berada setiap hari. Contohnya mungkin Twitter MYPerodua akan tweet macam nie kat bawah:-

Kami akan berada di sekitar Subang Jaya SS15 pada jam 10 pagi sehingga 6 petang untuk #TweckBot

perodua tweckbot

Katakan rumah korang memang kat Subang SS15 dan korang memang nak check kereta Myvi baru korang sebelum balik kampong cuti Hari Raya nie, korang pun replylah tweet MYPerodua tue.

@MYPerodua please come to my house at Jalan SS15/2 and please check my Myvi Turbo #Tweckbot

Dan servis ini terbuka hanya kepada pemilik kenderaan Perodua sahaja kerana anda keutamaan Perodua . Perlu diingatkan yang servis percuma ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. So itu bermakna korang kena sentiasa pantau lokasi yang akan ditweetkan oleh @MYPerodua. Ada faham? Kalau tak faham lagi sila ushar video di bawah:-

Dengan Perodua Tweckbot ini, anda tiada alasan lagi untuk tidak buat check up kereta Perodua anda sebelum balik beraya nanti. Nak jalan jauh-jauh time Hari Raya nanti kena pastikan condition kereta anda di dalam keadaan terbaik. So tunggu apa lagi? Follow Twitter @MYPerodua sekarang jugak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...