“Lagi Besar Dari Graduate Engineering” – Gaji Asas Ditawarkan Uniqlo Lebih RM3000, Ramai ‘Berkobar-Kobar’ Nak Rebut Peluang

Kehidupan

“Lagi Besar Dari Graduate Engineering” – Gaji Asas Ditawarkan Uniqlo Lebih RM3000, Ramai ‘Berkobar-Kobar’ Nak Rebut Peluang

Sedia maklum, kerajaan Malaysia telah menetapkan kadar gaji minimum sebanyak RM1700 tetapi satu syarikat asal daripada Jepun ini telah menawarkan gaji asas yang tinggi untuk jawatan retail associate di butiknya.

Gaji ditawarkan lebih RM3000

Kedai baju yang dikenali ramai iaitu Uniqlo itu telah mengiklankan satu jawatan kosong yang didatangkan dengan gaji sebanyak RM3000, tidak termasuk elaun RM150 untuk pekerja yang bekerja sepenuh masa.

Advertisement

Bagi pekerja sambilan pula, mereka akan diupah sebanyak RM12 hingga RM14 bagi setiap jam.

Perlu lepasan Diploma, fasih bahasa Inggeris

Dapat dilihat dalam iklan yang dipaparkan, pihak Uniqlo mahu pekerja yang merupakan lepasan Diploma atau lebih tinggi serta fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, di samping perlu melayani pelanggan setiap hari.

Perkongsiaan yang dimuat naik di platform X itu meraih perhatian ramai, di mana rata-ratanya merasakan gaji yang ditawarkan sangat lumayan serta jauh lebih tinggi dari gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan.

komen
komen

Bahkan, ada yang mendedahkan gaji asas pekerja Uniqlo sudah menyamai dengan kerja profesional, susulan itu ramai meluahkan rasa minat untuk merebut peluang tersebut.

pekera asing
3 weeks ago

Lebih RM3000, Gaji Purata Pekerja Bangladesh Buat Rakyat Malaysia Terkejut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...