Lagi ‘Baby Bump’ Didakwa Semakin Jelas, Datuk Seri Siti Nurhaliza Hamil Anak Kedua?

Hiburan

Lagi ‘Baby Bump’ Didakwa Semakin Jelas, Datuk Seri Siti Nurhaliza Hamil Anak Kedua?

Sebelum ini, ada desas-desus mengatakan bahawa penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza kini hamil anak kedua kerana dia dilihat seperti mempunyai ‘baby bump’ dan semakin berseri.

Dakwaan itu diperkuatkan lagi apabila penyanyi itu telah mengambil keputusan untuk berehat dari dunia seni selepas pelancaran albumnnya yang terbaru, baru-baru ini.

Advertisement

Malah, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu pernah memuat naik gambar bersama seorang doktor selebriti menerusi akaun media sosialnya menguatkan lagi spekulasi.

Namun, baru-baru ini bekas isteri kepada suami Datuk Siti iaitu Datin Tengku Zawyah telah memuat naik foto keluarga yang turut kelihatan susuk tubuh Siti, difahamkan diambil ketika sambutan ulang tahun kelahiran menantu, Alyssa Hisham.

View this post on Instagram

A post shared by teezac (@teezac)

Penampilan terkini Datuk Siti atau lebih mesra dipanggil TokTi itu kembali diperkatakan netizen apabila dia kelihatan lebih berseri dan berisi dengan bentuk badan yang seakan mempunyai baby bump.

Siti yang tampil memakai baju berona biru itu turut menarik perhatian netizen apabila dia kelihatan seperti sedang mengusap perutnya dalam sebuah video pendek yang sempat dirakam tetamu yang hadir.

Meninjau ruangan komen, netizen turut mengatakan bahawa penyanyi terkenal itu kini sedang berbadan dua.

Terdahulu, TokTi dan suami telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Kemudian,pada bulan Februari yang lalu Siti Nurhaliza ada mengumumkan kepada media yang dia dan pasangan kini sedang berusaha untuk mendapatkan anak kedua dengan cara rawatan yang sama iaitu melalui prosedur persenyawaan In-Vitro (IVF).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...