Lagi Artis Kena COVID-19, Aepul Roza Dan Drummer Drama Band Pula Yang Positif

Hiburan

Lagi Artis Kena COVID-19, Aepul Roza Dan Drummer Drama Band Pula Yang Positif

Vokalis kepada kumpulan muzik Drama Band, Aepul Roza mengesahkan bahawa dirinya kini positif COVID-19.

Dia dilihat telah memaklumkan mengenai perkara itu menerusi akaun Instagramnnya lewat malam tadi usai saja melakukan ujian calitan (swab test) untuk kali kedua di sebuah klinik swasta di Bangi.

Advertisement

Aepul turut memberitahu bahawa isterinya, Leez Rosli telah didapati negatif wabak tersebut. Dia kini difahamkan sedang menjalani kuaranti kendiri sejak beberapa hari lepas dan menanti SOP seterusnya.

View this post on Instagram

A post shared by Aepul Roza (@aepul.roza)

Selain Aepul, pemain dram kumpulan Drama Band iaitu Faeez Ikhwan turut disahkan positif COVID-19. Dia dilihat telah memaklumkan khabar duka itu menerusi Instagramnya, semalam.

Faeez memaklumkan bahawa isterinya iaitu Rea yang juga juruhebah stesen radio swasta Kool FM serta anak perempuan mereka, Dhia turut positif virus berkenaan.

Menganggap ujian ini sebagai sesuatu yang berat buat mereka sekeluarga, Rea berkata suaminya itu merupakan salah seorang daripada kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

View this post on Instagram

A post shared by Rea Kool FM (@rea_koolfm)

“Berat ujian ini untuk kami terima kerana anak kami masih kecil dan tak tahu apa-apa. Kepada yang bertanya, Faeez ada close contact dengan kawan yang positif. Sabtu lepas dia bergejala batuk dan demam. Ahad dan Isnin Dhia demam dan Rea mula bergejala hari Isnin. So far kami dah makan ubat dan vitamin, semuanya berada dalam keadaan baik kecuali Faeez masih lagi batuk-batuk. Kami semua kuarantin di rumah dan masih menunggu panggilan daripada KKM.”

Semoga dipermudahkan urusan buat Aepul dan Faeez sekeluarga dan cepat sembuh hendaknya!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Aepul Roza, Instagram Rea Kool FM

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...