Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lagi Artis Kecam Pelakon Dan Kru Enggan Vaksin, Beto Kusyairi Dan Nadiya Nissa Tampil Beri Pendapat

Nadiya Nissa Beto Kusyairi

Pelakon Beto Kusyairi baru-baru ini menyatakan pendiriannya untuk tidak terlibat dalam mana-mana produksi penggambaran yang mengambil kru dan pelakon tidak divaksin.

Advertisement

Kata Beto, dia lebih memikirkan keselamatan diri dan keluarga terutamanya anak kecil serta orang tuanya yang berada di rumah.

Beto KusyairiSumber : Google  

Beto berkata bahawa dia tidak boleh bekerjasama dengan individu yang tidak divaksin memandangkan mereka bekerja dalam kumpulan.

Saya tahu vaksin adalah hak individu, kita tidak boleh memaksa kerana itu pemahaman dan pendirian masing-masing. Namun, apabila melibatkan kerja secara berkumpulan, saya rasa tidak patut ada sikap penting diri. Jika tidak percaya vaksin, janganlah sampai menyusahkan orang lain. Bagi saya, perkara sebegitu tidak adil.

Turut mempunyai pendirian yang sama, pelakon Nadiya Nissa berkata mereka yang tidak mahu mengambil vaksin tapi mahu bekerja di set penggambaran sebenarnya bukan sahaja membahayakan diri sendiri tapi juga memberi kesan kepada seluruh tenaga produksi.

View this post on Instagram

A post shared by Nadiya Nisaa K (@nadnisaa)

Pada saya, perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Andai virus tersebar, orang yang tidak divaksin itu lebih berisiko untuk mendapat komplikasi kritikal. Penggambaran juga akan terganggu dan pihak penerbit terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat percutian disebabkan kuarantin.

Terdahulu, isu pelakon enggan divaksin tapi masih ingin bekerja di set penggambaran ini dibangkitkan oleh pelakon senior Fauziah Nawi yang meluahkan rasa berang dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pelakon dan juga penerbit drama tempatan yang bersikap demikian.

Advertisement

Kelmarin, Perdana Menteri juga telah memaklumkan bahawa penggiat industri kreatif di negeri yang berada di Fasa 1 PPN telah dibenarkan untuk mula bekerja pada harini dengan syarat mematuhi SOP serta kesemua individu terlibat haruslah lengkap suntikan pelali COVID-19 sebanyak dua dos.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 9, 2021 at 4:08 pm

    Kesian rita…sbb sikap keras kepala & ego ni la kot x suami lari. Betul la org tua cakap, apa pun berbalik pada sikap n hati budi. Cantik saje x de gune kalau x de akhlak & x de otak. Si lana ape lagi lari balik kat somi la ….. dah x laku & mmg x pernah laku pun.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top