Pelakon wanita yang sinonim dengan watak Lailer dalam drama Kampung People, Riena Diana nampaknya antara artis yang mula menceburkan diri dalam perniagaan makanan gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua (PKP 2.0) pada ketika ini.
Sejak ianya dilaksanakan, industri hiburan antara salah satu di antara sektor yang terkesan apabila tiada sebarang aktiviti penggambaran dibenarkan dalam usaha untuk mengekang penularan COVID-19 dalam masyarakat.
Demi kelangsungan hidup, Riena telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan berasaskan laksa sejak kelmarin.
Menggunakan populariti wataknya dalam Kampung People yang popular tidak lama dahulu di kalangan peminat drama tempatan, Riena tidak menyangka perniagaan laksa yang memakai nama Laksa Lailer itu telah mendapat sambutan menggalakkan.
Tambahnya lagi, untuk hari pertama dia hanya menghadkan permintaan laksa kepada 50 pesanan sahaja.
View this post on Instagram
“Memandangkan kita berada dalam PKP, saya tergerak hati untuk mencuba nasib menjual laksa kerana saya tahu cara memasak laksa. Tak sangka pula, di hari pertama sambutannya sangat menggalakkan. bermula jam 6 petang, saya sudah mula menghantar pesanan kepada pelanggan menggunakan ‘runner’ dan menghantar sendiri.”
Dalam pada itu, Riena turut menjelaskan bahawa dia turut menyumbangkan sebahagian daripada hasil ujian kepada mereka yang terjejas akibat banjir di Pantai Timur.
View this post on Instagram
“Sebelum ini, saya ada dipelawa beberapa pihak untuk menyertai misi bantuan, tapi disebabkan kita sedang berdepan COVID-19 saya tak berani mengambil sebarang risiko. Jadi apa yang saya mampu lakukan adalah dengan cara berniaga dan menyumbang mengikut kemampuan saya.”
Menurut pelakon yang berusia 28 tahun ini lagi, dia turut dibantu ahli keluarga seperti ibu, nenek dan ibu saudara dalam menyediakan juadah laksa tersebut.
Dia yang pendapatannya agak terjejas memberitahu bahawa sebanyak lima penggambaran drama terpaksa ditunda gara-gara perlaksanaan PKP 2.0 ini.
Semoga maju jaya diucapkan buat Lailer!