Kalau sebelum ini kecoh menjual telur dadar RM13, kali ini sekali lagi ahli perniagaan tersebut menjadi perhatian tentang harga jualan makanan selepas tular di Twitter mengenai pes tom yam yang dijual olehnya.
Difahamkan dari ciapan itu, pes tom yam yang dijual bakal naik harga sebanyak RM4 selepas botol berkenaan ditampal dengan pelekat jenamanya.
Usahawan wanita bernama Dania tersebut menjelaskan alasan harga pes tom yang dijual naik harga.
Korang baru rasa x logik telur dadar rm13 letak atas pinggan plastik semata..
Aku nk tergelak time dia jual pes tomyam tu.harga naik rm4 ringgit lepas tampal stiker brand.libatkan kos orang menampal katanya..sebotol sejam agaknya tampal stiker tu pic.twitter.com/tF4N7R5hMA— Daddy Afqar (@zua_al_azmi) September 2, 2023
Dia berkata pes tom yam itu dinaikkan harga sebanyak RM4 selepas ditampal sticker kerana waktu bekerja stafnya menjadi panjang susulan perlu menampal pelakat tersebut secara manual.
Bahkan, Dania berkata harga pes tom yam itu dinaikkan juga kerana mengambil kira kos marketing.
Biarpun membuat video penjelasan kenaikkan harga sebotol pes tom yam itu, rata-rata netizen tetap tidak berpuas hati dengan penerangan wanita terbabit yang dianggap tidak munasabah.