Lagenda ‘Skateboarding’ Malaysia Ini Cipta Sejarah, Kolaborasi Pa’din Musa Bersama Vans

Trending

Lagenda ‘Skateboarding’ Malaysia Ini Cipta Sejarah, Kolaborasi Pa’din Musa Bersama Vans

Legenda pemain papan selaju Malaysia, Ahmad Fadzil Musa atau lebih dikenali sebagai Pa’din Musa dikalangan penggemar ‘skateboarding’ menganggap kehidupannya sudah lengkap sebagai seorang peluncur dengan semua pencapaiannya sepanjang menjadi pemain profesional.

Advertisement

Beliau yang merupakan anak kelahiran dari Pulau Pinang ini adalah atlet papan selaju yang paling berjaya di Malaysia sebelum ini apabila melakar sejarah memenangi dua pingat emas kejohanan sukan lasak Asian X Games pada 2000 di Phuket dan 2004 di Kuala Lumpur.

Sehingga kini tiada seorangpun atlet atau pemain papan selaju negara memenangi emas dalam kejohanan itu.

Ia turut menyaksikan Pa’din menjadi satu-satunya peserta negara yang bersaing di Summer X Games di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2004.

Mengimbau kejayaannya, dari tahun 1994 sehingga 2004, Pa’din berjaya mendominasi kejohanan sukan lasak tempatan sehingga beliau menjadi penganjur sirkit sukan ekstrem kebangsaan anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau turut menjadi penasihat dan membina beberapa gelanggang sukan ekstrem termasuk di Taman Cabaran Putrajaya dan juga terbaharu, gelanggang sukan ekstrem di Pasir Gudang.

Mempunyai minat yang mendalam dalam sukan papan selaju dan juga motosikal, Pa’din berjaya menjadikannya sebagai sumber pendapatannya sehingga berjaya dalam apa sahaja bidang yang diminatinya.

“Apa yang orang muda boleh pelajari daripada kejayaan saya ialah yang penting mesti betul-betul minat ‘skateboarding’. Saya tidak pernah berhenti bermain walaupun satu ketika kecewa dengan arah tuju sukan papan selaju.”

“Saya teruskan bermain dan membahagikan separuh daripada kehidupan saya kepada sukan itu, dan Alhamdullilah semuanya berjaya”, pesan Pa’din kepada orang muda yang sudah ataupun baharu berjinak dalam sukan papan selaju.

Pa’din kini kembali ke Pulau Pinang meneruskan perniagaan mengubahsuai dan membina motosikal custom selepas beberapa tahun mencuba nasib dalam perniagaan yang sama di Kuala Lumpur.

Beliau juga merancang untuk membina lebih banyak gelanggang sukan lasak di negara ini.

Dalam pada itu, Pa’din, 41 juga mencipta sejarah tersendiri dalam sukan ‘skateboarding’ ataupun papan selaju negara ini apabila mempunyai kasut signature colorway profesional untuk papan selaju keluaran syarikat Amerika Syarikat, Vans.

“Kehidupan saya sudah lengkap sebagai seorang ‘skateboarder’, saya tidak ada apa lagi yang saya perlu buktikan dalam skateboarding,” kata Pa’din.

“Memang setiap impian setiap ‘skater’ untuk mempunyai kasut nama mereka sendiri ataupun signature shoes. Saya sangat bangga ia dapat direalisasikan selepas dua tahun perancangan ini dibuat.”

“Saya sangat terharu, gembira dan tidak sangka benda seperti ini boleh berlaku,” kata Pa’din.

Vans Malaysia juga bakal mengeluarkan dokumentari khas Pa’din yang diarahkan oleh Mark Khor dalam perjalanannya sebagai Skateboarder. Video tersebut berjudul “Demi; Dokumentari Pa’din Musa “.

Tonton video penuh pada 27 November di Vans YouTube Channel.

 

Today’s NST… thank you Teh for the write up. #fmcspeedsupply #vansmy #abahandsons

A post shared by Pa’din (@padinmusa) on

 

Sentuhan peribadi dimasukkan dalam reka bentuk kasut ini dengan menggunakan tangan lama “pantun” yang ditulis oleh anak-anak Pa’din, Fahim & Fayadh pada tapak kasut. Pantun adalah bentuk puisi Melayu yang berasal dari bentuk ungkapan lisan tradisional.

Pada yang berminat untuk dapatkan koleksi menarik in, korang boleh dapati di Semua Kedai Vans di Malaysia, Singapura dan Peruncit Skates Pro Vans terpilih bermula hari Sabtu 2 Disember 2017. Authentic Pro dijual dengan harga RM299 & Old Skool Pro pula dijual pada harga RM319.

Sumber : Vans Malaysia , Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...