Lagenda Manchester United Bakal Buka Hotel Dan Kafe Di Malaysia

Trending

Lagenda Manchester United Bakal Buka Hotel Dan Kafe Di Malaysia

Pemain ternama bola sepak Ryan Giggs dan Gary Neville yang telah bermain sekian lama dengan pasukan Manchester United (MU) bakal membuka beberapa hotel dan kafe di Asia termasuk Malaysia, hasil kerjasama dengan usahawan Singapura, Peter Lim, lapor Bloomberg.

Advertisement

Giggs dan Neville yang merupakan lagenda MU sejak menyertai kelab itu pada usia remaja, dilaporkan akan melancarkan hotel dan kafe bertemakan bola sepak di Singapura pada tahun depan.

Kafe pertama mereka, Cafe Football, dibuka di Westfield Stratford, London pada Oktober 2013, disusuli projek Hotel Football pada Disember 2014, bersebelahan padang Old Trafford.

Rakan seperjuangan mereka daripada generasi pemain dikenali “Class of ’92”, Philip Neville, Paul Scholes dan Nicky Butt, turut terlibat dalam projek Hotel Football di Manchester.

Hasil gandingan Giggs dan Neville dengan Rowsley Ltd yang dimiliki Lim, sebuah lagi kafe bola sepak dibuka di Muzium Bola Sepak Kebangsaan di Manchester.

“Kami menerima sambutan hebat di Manchester, dan kami mahu melebarkan sayap ke seluruh UK, Eropah dan Asia dalam 12-18 bulan akan datang,” kata Neville dipetik Bloomberg.

Giggs dan Neville kini dalam perbincangan mencari rakan kongsi di China, Thailand, India, Singapura dan Malaysia.

Pasangan tersebut mewakili MU dalam 1,500 perlawanan dan terlibat dalam 21 kejuaraan kelab itu pada Liga Perdana Inggeri (EPL).

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...