Label Lelaki Bantu Isteri Buat Kerja Rumah Sebagai ‘Gay’, PU Syed Beri Teguran ‘Pedas’ Pada DMA Islam

Trending

Label Lelaki Bantu Isteri Buat Kerja Rumah Sebagai ‘Gay’, PU Syed Beri Teguran ‘Pedas’ Pada DMA Islam

Pendakwah terkenal, PU Syed menegur individu dikenali sebagai DMA Islam berhubung kenyataannya melabel lelaki yang membuat kerja rumah adalah ‘gay‘.

Bro, kau lelaki, kau khalifah, kenapa kau buat kerja rumah? Kau tu suami, tugas kau untuk cari duit dan conquer dunia. Pastikan kau jadi lelaki yang the best, paling kuat, paling berduit, dihormati. Bukannya kerja sapu taik anak.

DMA Islam label suami buat kerja rumah gay

Memberi teguran dengan nada tenang, PU Syed berkata membantu isteri membuat kerja-kerja di rumah tidak mengaibkan atau menjatuhkan martabat sebagai suami.

Apa yang awak sebut tentang orang lelaki kalau basuk berak anak, tolong isteri dekat rumah itu dianggap bukan lelaki sejati, tak betul. Nabi SAW sendiri pun bantu isteri-isteri baginda di rumah.

Tambah PU Syed, perbuatan Nabi Muhammad SAW membantu isteri-isterinya di rumah bukan bermakna baginda tidak layak bergelar khalifah, begitu juga seluruh para sahabat Rasulullah SAW.

PU Syed

Ujar pendakwah tersebut lagi, perbuatan membantu membuat kerja rumah dan menguruskan rumah tangga memberi maksud suami mencintai dan cakna tentang kesusahan isteri.

PU Syed juga turut menyindir kekalahan DMA Islam dalam perlawanan tinju sebelum ini dan berkata sepatutnya Abang Koroy membelasahnya dengan lebih teruk lagi.

Saya pelik jugalah ada seorang pemuda yang belum bernikah lagi, sembang kencang. Sepatutnya Abang Koroy kena bagi teruk sikit lagi supaya berhubung sel-sel dalam kepala hamba Allah ini.

Akhir kata, PU Syed memberi pesanan kepada DMA Islam untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang mengarut dan tidak berlandaskan wahyu Allah SWT atau pandangan para ulama.

Advertisement

Dma Islam perempuan bekerjaya bodoh
2025-08-18 09:55:46

“Label Perempuan Bekerja Bodoh Tapi Kenapa Follow Semua Perempuan Yang Ada Career” - DMA Islam ‘Dihencap’ Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...