Label Kes Zara Qairina Sebagai ‘Pembunuhan’ Ketika Ucapan Politik, Shafie Apdal Diberi Surat Tunjuk Sebab

Berita

Label Kes Zara Qairina Sebagai ‘Pembunuhan’ Ketika Ucapan Politik, Shafie Apdal Diberi Surat Tunjuk Sebab

Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menerima surat tunjuk sebab daripada Mahkamah Koroner Kota Kinabalu susulan menghina mahkamah atas kenyataan dibuat berhubung inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Sebelum ini, pada satu ucapan dalam satu majlis di Sandakan, Shafie menyatakan kematian Zara Qairina adalah satu pembunuhan dan mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.

Advertisement

Shafie Apdal

Menurut Kosmo, notis tersebut dikeluarkan oleh Koroner Amir Shah Amir Hassan selepas kesemua pihak yang terlibat termasuk Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Permohonan terbabit dibuat oleh peguam Datuk Ram Singh yang juga merupakan salah seorang peguam mewakili Pelajar A, pada prosiding yang dijalankan secara tertutup hari ini.

Datuk Ram SinghSumber : Ersie Anjumin 

Terdahulu, pasukan peguam mewakili empat tertuduh inkues Zara Qairina mengecam Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah itu kerana didakwa cuba mengeksploitasi kes itu demi kepentingan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Mohammed Fareez Mohammed Salleh dan Sylyester Kuan berkata melabelkan kes itu sebagai ‘pembunuhan’ adalah satu tuduhan melulu, berbahaya, menjijikkan dan penghinaan terhadap pentadbiran keadilan.

peguam tertuduh Zara Qairina kecam Shafie Apdal
2025-09-22 14:24:19

Inkues: Peguam Tertuduh Kecam Shafie Apdal, Eksploitasi Kes Zara Qairina Jadi 'Modal' Politik - "Label Sebagai 'Pembunuhan'"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...