Kylie Jenner Digelar Jutawan Termuda Dunia Menggantikan Mark Zuckerberg

Trending

Kylie Jenner Digelar Jutawan Termuda Dunia Menggantikan Mark Zuckerberg

Sebut saja nama Kylie Jenner pasti anda terbayang jenama lipstik yang umumnya digunakan oleh semua para wanita di Malaysia mahupun luar negara. Ya, beliau adalah pengasas jenama kosmetik Kylie.

Adik kepada bintang realiti terkenal Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian ini  memiliki empayar sendiri iaitu Kylie Cosmetic, jenama pakaian dan lain-lain bernilai $900 juta pada usia 21 tahun menjadikan beliau wanita terkaya di Amerika Syarikat.

Advertisement

Untuk pengetahuan umum, Kylie Jenner telah menggantikan Mark Zuckerbug yang merupakan pengasas Facebook sebagai individu paling muda yang kaya dalam sejarah.

Menurut Forbes, Kylie merupakan satu-satunya individu yang berjaya menempah nama dengan produk kosmetik, Kylie Cosmetics. Malah, 15,000 lip kit yang dikeluarkan Kylie sebelum ini berjaya terjual dalam masa kurang dari satu minit.

Tahun lepas, Kylie Cosmetic membuat anggaran jualan sebanyak $360 juta. Beliau juga  dapatkan wang sampingan daripada rancangan TV “Keeping Up With The Kardashians”. Malah, beliau di ranking ke 2,057 sebagai orang paling kaya di dunia ketika ini.

 

Sumber: NST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...