KWSP Mohon Maaf Isu Pesakit Terpaksa Diusung Menaiki Ambulans Untuk Keluarkan Wang Caruman

Trending

KWSP Mohon Maaf Isu Pesakit Terpaksa Diusung Menaiki Ambulans Untuk Keluarkan Wang Caruman

Selepas mendapat kritikan ramai di atas insiden baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memberikan permohonan maaf mereka. Permohonan maaf yang juga dimaklumkan di laman Facebook mereka itu telah dikongsikan semalam.

“KWSP amat kesal dan mohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami ahli tersebut dan keluarganya.”

Advertisement

Pesakit diusung menaiki ambulans

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook mendedahkan kakaknya yang merupakan pesakit kanser terpaksa ke cawangan KWSP sendiri untuk pengesahan diri. Kakak beliau yang sudah terlantar sakit itu terpaksa hadir sendiri untuk memberikan cop jari pengesahan untuk mengeluarkan wang caruman dengan menaiki ambulans.

Saya dan abang saya ada membuat pertanyaan di kaunter pertanyaan KWSP di JB. Kakak kami seorang pesakit kanser memang bed ridden. Beliau berusia 56 tahun dan ingin mengeluarkan kesemua balance yang ada di akaun 1.

pesakit naik ambulans

Menurutnya, wang tersebut tidak lah terlalu banyak dan tidak sampai RM10 ribu pun. Mereka meminta jasa baik pegawai KWSP membuat lawatan ke rumah untuk mendapatkan cop jari secara manual dan pengesahan diri pencarum.

Pegawai tak benarkan

Jawapan beliau agak menyedihkan, beliau kata tidak boleh. Pencarum mesti hadirkan diri juga di pejabat untuk pengesahan cop jari mengunakan mesin mereka.

Tak kisahlah nak datang naik ambulans dan menggunakan stretcher sekalipun, janji datang.

Kalau kita tengok keadaan di pejabat KWSP Johor Bahru ni, memang tak ada disediakan kemudahan seperti ruang parking ambulans atau ruangan pesakit OKU.

bangunan kwsp

Yang menyedihkan lagi, ambulans yang kami sewa diarahkan oleh security mereka untuk ke belakang bangunan. Dengan alasan tak nak menganggu di depan bangunan. Berpusing-pusing pemandu ambulans dan ditanya pula pada kami berapa lama lagi.

Akhir sekali, ada lah seorang pengawai yang datang untuk menguruskan bab ambulans dan mengarahkan MA untuk tolak stretcher masuk ke kaunter. Allahuakbar, sedih tengok kakak saya yang memang sudah tidak ada daya upaya mengangkat tangannya itu terus menjadi tontonan orang ramai di situ.

ambulans di kwsp

ambulans

Yang menyedihkan saya lagi, salah seorang pengawai kata, sebenarnya boleh mengunakan cara cop jari manually cuma lambat. Kenapa lah tak inform kami pada mula-mula kami buat pertanyaan. Kami tak kisah pun lambat janji kakak kami tak perlu ke sana.

Minta semak balik SOP

review kwsp

Feedback saya tentang perkhidmatan KWSP ialah untuk semak semula standard operating procedures (SOP) syarikat anda. Kita hidup di negara yang dikategorikan sebagai negara yang agak maju dan demokrasi. Ubahlah cara kita berfikir dan berfikir di luar kotak. Tolong jangan lakukan perkara macam ini lagi.

Artikel berkaitan: Mak Aku Mati Sebab Kau Sampai Lambat! Disebalik Kisah Sebenar Petugas Ambulans

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...