KWSP Melantik Amir Hamzah Sebagai CEO Baharu

Trending

KWSP Melantik Amir Hamzah Sebagai CEO Baharu

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuatkuasa 1 Mac 2021.

Amir Hamzah yang mempunyai 25 tahun pengalaman dalam menerajui beberapa organisasi korporat mendapat kelulusan perlantikan daripada Menteri Kewangan dia mana beliau akan menggantikan Tunku Alizakri Alias yang menerajui KWSP sejak 20 Ogos 2018.

Advertisement

Amir Hamzah

Selain itu, kerjaya beliau bermula apabila menyertai Kumpulan Shell dan seterusnya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif beberapa organisasi korporat seperti MISC Bhd, PETRONAS Dagangan Bhd, PETRONAS Lubricants International, Icon Offshore Bhd dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Sementara itu, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir selaku Pengerusi KWSP berkata Tunku Alizakri akan meneruskan sumbangan terhadap perkhidmatan awam melalui kapasiti yang berbeza.

“Dengan berat hati, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan ucapan selamat maju jaya kepada Tunku Alizakri atas dedikasi dan sumbangan beliau selama tujuh tahun, bermula sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) dan kemudian sebagai CEO KWSP”.

Tan Sri Ahmad Badri berkata wawasan serta komitmen Tunku Alizakri kepada semua pihak berkepentingan  terutama ahli KWSP boleh dilihat melalui hala tuju KWSP dalam mempertingkatkan kecekapan operasinya melalui pecutan digital, mengguna pakai dasar dan tadbir urus alam sekitar (ESG) dan kelestarian (sustainability) sebagai metrik utama, serta memperkasakan keselamatan sosial dan kesejahteraan bagi rakyat.

Amir Hamzah akan membantu KWSP dalam mengharungi situasi yang sangat mencabar dalam sejarah KWSP. Dalam pada itu, KWSP juga mengucapkan jutaan tahniah kepada beliau di atas perlantikan itu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...