October 2nd, 2017

Nama Ameera Khan bukanlah nama asing sekiranya anda seorang pengguna applikasi sosial Instagram. Adik kepada Neelofa ini mempunyai jumlah pengikut melebihi 700 ribu orang. Memang popular. Namun populariti yang dikecapi bukanlah percuma. Setiap kali ada gambar yang agak kontroversi dimuatnaik oleh Ameera, nama keluarganya turut sama akan dikaitkan oleh netizen menerusi ruangan komen di laman Instagramnya. Nama kakaknya, Neelofa adalah yang sering dipetik oleh para netizen.

ameera khan

Baru berusia 17 tahun, Ameera Khan memaklumkan dia terkesan apabila nama kakak-kakaknya turut sama terheret di dalam komen-komen negatif yang diterimanya. Terbaru, Ameera dikritik netizen apabila didakwa memakai pakaian seksi ketika sedang bercuti di Itali bersama keluarganya baru-baru ini. Baju yang mendedahkan sebahagian daripada bahunya itu dikatakan tidak sesuai dengan usianya sekali gus menjejaskan nama baik keluarga terutama Neelofa.

ameera khan

Tidak mahu perkara ini berterusan, Ameera Khan telah memohon para pengikutnya agar tidak mengaitkan keluarganya di dalam kehidupan yang dijalani. Kata Ameera Khan:-

Apa yang saya cakap dan tulis di media sosial adalah diri saya sendiri. Saya tampil secara individual dan bukan berdasarkan lesen kakak-kakak saya. Cara saya memang terbuka, saya cakap apa yang saya rasa perlu namun saya akan menjadi defensif apabila ada komen-komen atau kritikan yang melibatkan keluarga saya.

Itu sebabnya saya balas komen tertentu. Saya tak kisah kalau orang hentam saya tapi saja mohon agar jangan petik nama keluarga saya. Saya akan tutup ruang komen kalau merasakan ia tidak perlu diulas namun netizen akan tetap menghukum saya walau apa sahaja yang saya lakukan

ameera khan

Suatu hari nanti pasti Ameera Khan akan dapat keluar aripada bayang-bayang kakak-kakaknya. Namun buat masa ini, itulah harga yang perlu dibayar oleh Ameera. Kalau Abang Nara jadi Ameera, memang buat tak tahu je dengan apa yang ditulis oleh para netizen. Hidup ini terlalu singkat untuk kita memikirkan pandangan orang lain yang tidak mengenali kita. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Astro Gempak.


Comments are closed.

Loading...