Kutuk Negara Arab, Individu Bekerja Di Saudi Ditahan Pihak Berkuasa, Berkemungkinan Hadapi Hukuman Berat

Kehidupan

Kutuk Negara Arab, Individu Bekerja Di Saudi Ditahan Pihak Berkuasa, Berkemungkinan Hadapi Hukuman Berat

Tular semalam di aplikasi X mengenai seorang individu warganegara Malaysua yang bekerja di Arab Saudi telah dibuang kerja dan berkemungkinan bakal menghadapi hukuman berat gara-gara tweetnya mengenai negara itu.

Difahamkan, individu itu telah menulis di aplikasi X bahawa negara itu gemar menganjurkan hiburan seperti zaman jahiliyah serta arak & pelacur turut berleluasa di sana.

Advertisement

Individu itu juga dilaporkan telah dibuang kerja dan ditahan di penjara Arab Saudi gara-gara tweet berkenaan.

TweetSumber : Twitter  

Menurut seorang pengguna media sosial ini, individu berkenaan telah dipenjara dan turut memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia supaya dia dan keluarga dibebaskan segera dan dapat pulang dengan aman.

Sekadar info, pihak berkuasa negara tersebut mengamalkan undang-undang melarang rakyatnya mengkritik pemerintahan kerajaan Arab Saudi secara terbuka dan bakal berhadapan hukuman berat jika didapati berbuat demikian.

Terdahulu, mahkamah tertinggi negara itu pernah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada bekas imam Masjidil Haram, Sheikh Saleh Al Talib selepas dia didapati menyampaikan khutbah yang mengkritik penganjuran acara hiburan yang menyimpang daripada ajaran agama Islam dan budaya mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Skandal
1 year ago

"Titik Terindah Skandal Dengan Isteri Orang" - Perkongsian TikTok Ini Dedah Isteri Bangga Curang, Undang Kecaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...