Menerusi laman sosial Twitter seorang wanita mengecam perbuatan seorang ustaz yang dilihat sebagai tidak bermoral apabila mengutuk mangsa tsunami tempoh hari sambil memohon sumbangan derma untuk pusat tahfiz.

Hal ini diklasifikasikan sebagai kurang sopan kerana ustaz berkenaan mengakhiri posting di laman instagramnya dengan menulis nombor akaun bank pusat tahfiz untuk meminta derma dari orang ramai.



Tugas Seorang Ustaz Bukan Untuk Menghukum Tetapi Untuk Sebarkan Dakwah.

Sebarkan dakwah adalah sesuatu yang murni tetapi tidak perlulah sampai menghukum. Mengambil kesempatan diatas kesedihan mangsa tsunami juga adalah sesuatu perkara yang sangat tidak bermoral dan harus dihentikan serta merta.-amazingnara.com