Kutuk Guru ‘Lembut’, Ibu Ini Tidak Puas Hati Anak Perempuan Dirotan Hingga Berbirat

Trending

Kutuk Guru ‘Lembut’, Ibu Ini Tidak Puas Hati Anak Perempuan Dirotan Hingga Berbirat

Seorang wanita merakam satu video dirinya bersemuka dengan seorang guru kerana merotan anak perempuannya. Dia mendakwa guru itu tidak sepatutnya berbuat demikian kerana anak perempuannya sekadar mengutuk guru itu ‘Ah Kuah’ atau ‘lembut’.

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik video itu ke Twitter, mendakwa bahawa merotan pelajar perempuan adalah melanggar peraturan dan meminta Menteri Pendidikan, Maszlee Malik membuat siasatan.

Advertisement


Namun begitu ramai Netizen menganggap pelajar itu layak dirotan.

“Kenapa makin ramai pelajar maki guru secara berdepan?”

“Pelajar Cina maki guru dalam bahasa cina.”

“Nasiblah!”

“Lepas ni kena hina cikgu senyum je ke macam mana?”

Pada pendapat penulis, ibu bapa sepatutnya mengajar disiplin dan menghormati orang lain terlebih dahulu di rumah. Disebabkan kegagalan ibu bapa mendidik anak dengan nilai-nilai murni, mereka mencabar guru di sekolah dan terpaksalah guru mengambil alih tugas mendisiplinkan anak mereka. Sabar ada hadnya.

Namun begitu ada menyatakan guru itu membuat tindakan sendiri sedangkan dia sepatutnya mengikut prosedur dalam menghukum kesalahan pelajar.

Apa pendapat anda? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...