Written by Bella | August 30th, 2018

Nampaknya penonton masih lagi terpukau dengan hasil karya pengarah Syamsul Yusof, buktinya filem terkini beliau Munafik 2 telah berjaya mengutip RM 2.05 juta pada hari tayangan awal semalam.

Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem seram tersebut mengakui perkara seperti ini jarang berlaku dan sememangnya diluar jangkaan beliau.  Malah, ia sudah mengatasi rekod filem terhangat Malaysia, Hantu Kak Limah yang sebelum ini menugutip RM650,000 pada hari tayangan awal.

Benda sebegini jarang berlaku. Paling tidak pun, untuk tayangan awal sebegini, selalunya hanya boleh mengutip sebanyak RM500,000 ke RM600,000. Alhamdulillah, kerana secara tak langsung, ramai peminat filem kembali ke pawagam untuk menonton filem sekaligus memberi sokongan kepada filem tempatan.

Mempunyai barisan pelakon yang mantap, kemunculan Maya Karin semula ke layar perak dan juga trailer yang begitu menderbakan membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menantikan tayangan rasmi Munafik 2.

Terdahulu, filem Munafik yang ditayangkan pada 2016 berjaya meraih kutipan keseluruhan RM17 juta dengan kos pembikinan sebanyak RM1.6 juta.

Sumber Berita : Harian Metro

7 responses to Kutipan Tayangan Awal Munafik 2 Berjaya Atasi Rekod Hantu Kak Limah

  1. Anonymous says:

    PHD palsu.. guna gelaran doktor palsu.. dato pun beli.. skincare blacklist kkm.. ada merkuri.. pamoga overclaim.. kandungan gula tinggi.. nikmat apa lagi yg kau dustakan? Now LA VIDA COIN kena warning dgn BANK NEGARA MALAYSIA as a scammer.. kaya pun xguna kalau jd pak man telo

    7

    0
    • Anonymous says:

      kau salah tajuk derrr…. tp memang laaa org kelantan kan suka buat celaka lepas tu kasi ayat2 Allah sume keluar… jd nmpk elok walaupun lepas buat haji balik jd toke riba.. vida rasa sedap mkn hasil menipu duit org tgk lah mulut dia sebesar besen

      2

      1
    • Sajat says:

      Mana punye komen kau masuk nie… ??
      main redah je…

      7

      0
      • Anonymous says:

        orang melayu sekarang ramai yg semakin kaya. makan kfc dan nonton wayang hujung minggu bukan lagi perkara yg mewah. syabas!! syabas!! br1m mmg sudah layak dihapuskan.

        1

        0
        • Kedondong says:

          Makan nasi campur lagi Mahal dari makan KFC. Tapi tulah sibuk bising kenaikan harga barang….choiiii.

          0

          0
  2. 1MPHAF says:

    Sebuah lagi filem Melayu mutakhir yang sama rata dengan filem2 P. Ramlee dan juga filem2 Melayu zaman 60-an yang lain.

    1

    2
  3. Terbaikkk says:

    Memang Terbaik “Munafik 2” ni tidak mengecewakan..compare hantu kak limah better Munafik 2

    3

    1

Leave a Comment

Optional