Filem Star Wars: The Rise Of Skywalker (TROS) baru sahaja menemui penonton pada 19 Disember yang lalu. Saga Skywalker yang bermula lebih 40 tahun yang lalu akhirnya menemui pengakhirannya di dalam filem kali ini.
Baca: Tonton Trailer Terakhir Filem Star Wars: The Rise Of Skywalker Yang Penuh Emosi Ini
Berdasarkan kutipan setakat seminggu tayangan ini, Star Wars TROS berjaya mendapat kutipan sebanyak $373 juta seluruh dunia. Manakala di United States, kutipan sebanyak $175.5 juta berjaya dicatatkan.
Walaupun jumlah kutipan ini nampak sangat memberangsangkan tetapi jika dibandingkan dengan filem Star Wars yang lain, kutipan ini sedikit menghampakan. Filem kali ini gagal mencapai kutipan jangkaan iaitu $200 juta di US dan Kanada.
Jika dibandingkan dengan filem Star Wars yang lain, pada tahun 2015, The Force Awakens berjaya mendapat $494 juta semasa seminggu ditayangkan di seluruh dunia. Manakala The Last Jedi yang ditayangkan pada 2017 mendapat $437.5 juta dalam masa tiga hari ditayangkan.
Memandangkan Star Wars TROS merupakan babak terakhir di dalam penceritaan Skywalker sejak 40 tahun lalu, ramai yang menjangkakan kutipan melebihi $200 juta semasa seminggu ditayangkan dapat dicapai dengan mudah.
Walaupun kutipan $175.5 juta ini boleh dikatakan kutipan yang sangat memberangsangkan untuk sesebuah filem tetapi jika dibandingkan dengan standard Star Wars, ianya nampak sedikit berkurangan.
Filem Star Wars: The Rise of Skywalker masih lagi ditayangkan di pawagam seluruh dunia. Untuk menonton trailer filem ini, boleh klik pada video di bawah.