October 11th, 2012

Setelah gagal dengan filem 29 Februari, KRU Studios boleh tersenyum girang apabila kutipan filem Hantu Kapcai terbitannya kini sudah pun mencecah RM3 juta. Ekoran sambutan hangat ini, tempoh tayangan filem ini telah pun disambung untuk tempoh seminggu lagi.

hantu kapcai

Abang Nara masih tak sempat menonton filem Hantu Kapcai kerana terlalu sibuk menjaga anak. Namun daripada apa yang didengar, filem ini kelakarnya memang tahap tertinggi. Malah ada orang kata yang karekter Fizz Fairuz lebih kelakar daripada hero filem ini, Zizan. Mungkin ada di antara anda yang dah tengok. Silalah bagi pendapat anda di ruangan komen.

hantu kapcai

Apa pun tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam filem Hantu Kapcai ini. Ternyata di sebalik kesuraman kutipan filem tempatan, Hantu Kapcai membuktikan yang penonton masih mahu ke pawagam sekiranya cerita yang ditayangkan menarik. Semoga kutipan filem Hantu Kapcai akan mencecah RM5 juta seperti yang diharapkan oleh KRU Studios.

blouse sulam

P.S: Blouse sulam untuk anda kelihatan lebih menawan di pagi Hari Raya Haji. Klik sini untuk membuat pilihan.


59 responses to “Kutipan Cecah RM3 Juta, Filem Hantu Kapcai Dilanjutkan Tayangan”

  1. Jahat Budak Jahat says:

    berbaloi lah keluar duit tgk citer nie. zizan ttp lawak tp fizz lbh lawak coz dia jarang dpt watak kelakar. so bila dia buat lawak pecah perut seh!!. sampai audition bkn melayu pn salut dgn citer nie!! Jahat budak jahat…….. ^_^

  2. bukan hantu says:

    best tgk lakonan fizz fairuz dlm hantu kapcai.. tahniah

  3. aku suke aaron aziz says:

    ‘”Jahat budak Jahat”…sgt comey…geram aku..paling aku xley bla citer ni..bubuh ink pensil kat dahi..nak bg nmpk alim…wakakakaka…wa caya sama lu fizz..bez cter ni…

  4. mama meah says:

    x leh salahkan KRU, dia terpaksa buat cerita mcm ni sebab mmg ini yg laku..dh byk citer bagus2 KRU buat, tp x laku. habis xkan nak biar bankrap jer company dia. akhirnya KRU terpaksa tunduk kpd selera rakyat malaysia. cuma, ok ler..at least cerita kelakar dia mmg kelakar. drpd cerita kelakar tp penuh lawak bodoh murahan yg penuh dgn pompuan tayang ketiak n pada mcm citer david teoh.

    • ting tong says:

      yela cite david teoh mesti ada scene pompuan gedik2.. tak perlu kot..bukan memajukan filem dia pn hehe

    • bukan hantu says:

      sokong mama meah.. at least setelah KRU cuba memartabatkan industri filem Malaysia.. mereka hasilkan sebuah filem komedi yg menarik

  5. thasya says:

    citer ni bkn utk org melayu je..masa saya pergi tgk ngn kawan india, ramai bangsa lain kebanyakan cina tgk cite ni..biar la org nk ckp ape tp cite ni memang BEST..tahniah KRU…

Loading...