October 11th, 2012

Setelah gagal dengan filem 29 Februari, KRU Studios boleh tersenyum girang apabila kutipan filem Hantu Kapcai terbitannya kini sudah pun mencecah RM3 juta. Ekoran sambutan hangat ini, tempoh tayangan filem ini telah pun disambung untuk tempoh seminggu lagi.

hantu kapcai

Abang Nara masih tak sempat menonton filem Hantu Kapcai kerana terlalu sibuk menjaga anak. Namun daripada apa yang didengar, filem ini kelakarnya memang tahap tertinggi. Malah ada orang kata yang karekter Fizz Fairuz lebih kelakar daripada hero filem ini, Zizan. Mungkin ada di antara anda yang dah tengok. Silalah bagi pendapat anda di ruangan komen.

hantu kapcai

Apa pun tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam filem Hantu Kapcai ini. Ternyata di sebalik kesuraman kutipan filem tempatan, Hantu Kapcai membuktikan yang penonton masih mahu ke pawagam sekiranya cerita yang ditayangkan menarik. Semoga kutipan filem Hantu Kapcai akan mencecah RM5 juta seperti yang diharapkan oleh KRU Studios.

blouse sulam

P.S: Blouse sulam untuk anda kelihatan lebih menawan di pagi Hari Raya Haji. Klik sini untuk membuat pilihan.


59 responses to “Kutipan Cecah RM3 Juta, Filem Hantu Kapcai Dilanjutkan Tayangan”

  1. Afzerphaer_Aceyph says:

    #KRU Hantu Bonceng! Memang Terbaikk:’D

  2. Akus says:

    yg lawaknye bile fizz fairuz asah pensil kt dinding buat tanda kt dahi..pstu bile dia brckp dgn zizn org anggap dia gile..

  3. awek tak suke naik kapcai says:

    meme lawak sgt fizz fairuz….adik si zizan tu(tah ape namenye) pun lawak juge..
    izzue islam tu pun bleh tahan lawak comeiii sgt…..
    remy ishak aka tiger pun bleh tahan kelakar
    i likeeeee

Loading...