“Kutip Lah Bang, Rakam Video Buat Apa”, Kanak-Kanak Ini Pilih Untuk Kutip Sampah Selepas Sambutan Kemerdekaan

Trending

“Kutip Lah Bang, Rakam Video Buat Apa”, Kanak-Kanak Ini Pilih Untuk Kutip Sampah Selepas Sambutan Kemerdekaan

Pastinya ramai yang meraikan sambutan kemerdekaan hujung minggu lalu mengikut cara masing-masing. Ada yang menonton konsert ambang kemerdekaan dan mungkin ada juga yang mengikuti perarakan pada pagi kemerdekaan di Putrajaya.

Tetapi berbeza dengan kanak-kanak lelaki ini kerana dia memilih untuk menyambutnya dengan mengutip sampah selepas sambutan kemerdekaan dilakukan. Macam biasa selepas apa-apa sambutan atau program memang tak dapat dinafikan banyak sampah sarap yang bersepah.

Advertisement

Di dalam video yang dikongsikan oleh @megathazeqqq di laman Twitter nya, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini mengutip sampah yang ada di sebuah padang selepas sambutan kemerdekaan. Memang banyak botol-botol plastik yang bersepah ditinggalkan begitu sahaja.

Yang kelakarnya, kanak-kanak ini sempat menegur abangnya yang merakam video supaya membantu mengutip sampah juga.

“Kutip lah bang, buat video apa.”

via GIPHY

Perkongsian ini turut mendapat perhatian daripada netizen dengan jumlah retweet sebanyak 2.8 ribu setakat ini. Rata-ratanya terhibur dan dalam masa yang sama kagum dengan kesungguhan adik ini. Bukan senang nak jumpa anak muda yang rajin macam ni kan. Apa-apa pun adik ni memang hero.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...