Kuswadinata Semakin Tenat, Doakan Beliau Cepat Sembuh

Hiburan

Kuswadinata Semakin Tenat, Doakan Beliau Cepat Sembuh

Sedih sungguh Abang Nara membaca perkembangan terkini mengenai Seniman Kuswadinata di Mstar Online hari ini. Beliau kini sedang berada di dalam keadaan tenat akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

kuswadinata tenat

Advertisement

Yang paling menyedihkan ialah apabila doktor mengesahkan yang Kuswadinata sudah tiada harapan untuk hidup lagi. Namun kuasa Allah siapa yang tahu. Sama-samalah kita doakan agar keajaiban boleh berlaku. Menurut anak Kuswadinata, jantung ayahnya boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja. Katanya:-

Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan. Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat. Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan.

kuswadinata tenat
Bagi Abang Nara, Kuswadinata ialah seorang pelakon lagenda di Malaysia ini. Sama-samalah kita doakan agar keadaan Kuswadinata yang berusia 74 tahun akan bertambah baik. Amin ~~

P.S: Sepupu Neelofa buat video?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

46 Comments

  1. oh ha

    October 17, 2012 at 4:09 pm

    setiap yg hidup pasti akan mati..so terima lah seadanya..semoga ank2 beliau dapat menjadi pendorong pabila beliau sudah tiada nanti…

  2. laba

    October 17, 2012 at 3:26 pm

    “BLOG NARA SEMAKIN TENAT, TIADA HARAPAN UTK DIBAIKI LAGI…CIPLAK BERLELUASA” amacam Nara, ok tak tajuk cerita aku? Sensitif la sikit bro, doktor ckp cam tu lantaklah tapi kita jgn ambil kesempatan meraih populariti pulak.

  3. tahla

    October 17, 2012 at 2:47 pm

    bro, tittle tu xpatut la..doc pun ckp je kot.

  4. Dia

    October 17, 2012 at 2:26 pm

    Ya-ALLAH kau permudahkan lah segala2 urusan hamba mu ini. sesungguhnyee KAU maha mengetahui d atas setiap benda yg terjadi.

  5. tears

    October 17, 2012 at 1:55 pm

    masih ad harapan dengan keajaiban kuasa Allah…Amin…

Loading...